ATTENTION !!!

Wednesday, December 17, 2008

Kraf Linagoh

(Post: Bahasa Melayu)
"Bagi usahawan kraf ribu-ribu di Kudat, mereka mampu memperoleh pendapatan sehingga RM2,000 sebulan bergantung kepada tempahan yang diterima."

Ribu-ribu dalam bahasa saintifiknya, lygodium, tergolong dalam kumpulan paku pakis yang tumbuh menjalar di kawasan terbiar, hutan muda, kebun kelapa atau kebun getah yang tidak lagi diusahakan.

Daun ini dibentuk menjadi barangan kraftangan dan perhiasan seperti gelang, anting-anting dan rantai adalah merupakan antara punca rezeki kepada sebahagian penduduk Kampung Sebayan, Kudat.

Antara pengusaha di Kudat yang menjalankan perusahaan kraf daun ribu-ribu adalah Adun Mogial, Nayar Morumting dan Florence@Rafidah Dalapan.

Ketiga-tiga mereka adalah usahawan yang dipilih oleh Kraftangan Malaysia untuk mengusahakan kraf ribu-ribu secara serius agar ia tidak hilang ditelan zaman.

Anyaman ribu-ribu atau dikenali dengan nama Linagoh di Sabah masih diusahakan secara turun temurun oleh suku kaum Rungus terutama di daerah Kudat.

Kini menerusi cetusan inovasi pengusahanya, ribu-ribu telah dicelup pewarna untuk membentuk pelbagai bentuk warna yang menarik pada barangan ribu-ribu.

Kraf Linagoh atau ribu-ribu pada asalnya digunakan oleh kaum Rungus di Sabah sebagai bekas penyimpan bahan-bahan untuk ubat-ubatan tradisional. Melalui pengubahsuaian reka bentuk, kraf ribu-ribu kini tampil dengan wajah baru.

Penggunaannya juga turut meluas, tidak lagi sekadar bekas serbaguna, bekas barang kemas atau tepak sirih tetapi juga turut dijadikan sebagai perhiasan, bekas buah, pasu bunga, bakul dan sebagainya.

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang kraf ribu-ribu boleh menghubungi Kraftangan Malaysia cawangan Sabah.

CONTACT INFO:
Email: pksabah@kraftangan.gov.my

Sumber: Utusan Malaysia Online

Bookmark and Share

1 comments:

rillys January 27, 2009 at 2:27 AM  

saya suka info2 kat sini menambahkan idea bisnes..terima kasih moderator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::