ATTENTION !!!

Saturday, November 29, 2008

Wau Lipat Wau Baling

(Post: Bahasa Melayu)
"Lebih menyeronokkan apabila bapa dapat ke luar negara untuk mempromosi seni kraftangan itu, selain menyertai pertandingan di sana."

Setiap kali menyertai pertandingan di luar negara, Kasmin Mirun, 64, bersama dua lagi anaknya Izani, 32 dan Izamzuri, 26, akan pening kepala kerana terpaksa berhadapan masalah saiz wau yang besar.

Bak kata pepatah - jauh perjalanan luas pandangan. Itu jugalah yang berlaku pada tiga beranak ini apabila kreativiti peserta luar negara yang menghasilkan wau moden yang boleh dipasang siap hanya dalam beberapa minit itu menarik perhatian mereka.

Mereka mencari idea menghasilkan produk yang hampir sama, tetapi tidak sama sekali mahu meniru, sebaliknya mahu menerapkan imej tradisional dan memastikan bahan asas utama dalam pembuatan wau yang boleh dilipat iaitu buluh dikekalkan supaya tidak dilihat terlalu ghairah mengejar kemodenan hingga mengetepikan yang hakiki.

Berikutan itu mereka memperkenalkan wau lipat.

Penghasilan wau lipat mendapat perhatian Pelancongan Malaysia yang mula mengikat kontrak dengan mereka sejak 2003 untuk membekalkan wau lipat jenama Wau Baling untuk pejabat cawangannya di seluruh dunia.

Sejak dua tahun lalu, mereka juga mencuba nasib dengan memasarkan wau berukuran antara 18 inci (46 sentimeter) hingga 48 inci (122 sm) di sekitar Pasar Budaya dan KL Sentral yang ketika ini mendapat sambutan menggalakkan.

Dengan hanya layang-layang, Kasmin menjadi duta khas dan menjelajah ke serata dunia sebagai wakil negara memperkenalkan seni permainan tradisional Melayu, malah turut mendapat kepercayaan menyampaikan ceramah kepada penuntut universiti luar negara.

INFO Wau Baling:
Bengkel membuat wau terletak di Kampung Seberang Pekan, Baling, Kedah.

Penghasilan Wau Baling telah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Myipo) awal tahun 2008 untuk mengelak dari diciplak.

Wau Baling boleh disiapkan dalam tempoh 3 hari berbanding kaedah tradisi yang mengambil masa 2 minggu.

Wau lipat ini boleh dipasang semula kurang lima minit selepas dikeluarkan dari sampul khasnya.

Sumber: Berita Harian Online

Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::