Cadar Chantique Unique Collections
(Post: Bahasa Melayu)
"Apa yang menarik dalam penjualan cadar adalah apabila kebanyakan pelanggan yang terdiri daripada artis atau selebriti terkenal turut membuat tempahan kerana cetusan idea dalam motif cadarnya yang menarik."
Inspirasi cadar menarik mengilhamkan gaya masa kini buat Nor Azlindawanis Che Husin, 25, menerusi perniagaan yang dirintisnya iaitu Chantique Unique Collections.
"Ketika ini kebanyakan orang cenderung untuk menghasilkan dekorasi berseni di rumah mereka."
"Tidak dinafikan cita rasa masyarakat turut berubah apabila memilih motif tersendiri bagi cadar pilihan mereka."
"Aliran kini menyaksikan pelbagai konsep termasuk keinggerisan dengan flora lembut serta motif jenama terkenal seperti Louis Vuitton (LV), Channel, Gucci dan Christian Dior."
"Selain itu, peminat fanatik bola sepak pula turut menjadikan logo kelab bola sepak terkenal sebagai cadar pilihan hiasan bilik tidur masing-masing."
Memperjudikan modal RM10,000 di awal perniagaan yang dijana bersama kakaknya, Nor Azlina, 31, dia yakin perniagaan cadar itu memberi kelebihan tersendiri.
"Saya berusaha meramaikan pengedar kerana sambutan terhadapnya di luar dugaan. Berhasrat melebarkan perniagaan ini, saya yakin dengan kain kapasnya yang bermutu tinggi."
"Di samping itu, pilihan saiznya dalam set yang ditawarkan daripada super single hingga ke super king, menarik minat ramai."
"Bahkan harganya yang berpatutan menjadi tarikan utama," katanya yang turut menapak dari pejabat ke pejabat, berniaga di pasar pagi bahkan di mana saja dalam usaha melonjakkan jenama dari China yang kian popular itu.
Sumber: myMetro
Foto: blog Marisa Sakura
0 comments:
Post a Comment