ATTENTION !!!

Showing posts with label tapai. Show all posts
Showing posts with label tapai. Show all posts

Friday, September 24, 2010

Tapai Pulut Sarimah

(Post: Bahasa Melayu)
" Pada zaman dahulu banyak pantang larang yang perlu dipatuhi dalam proses pembuatan pencuci mulut, tapai. Antaranya si pembuat tidak boleh makan sirih atau mendekatkan diri dengan benda-benda yang berwarna merah. "

Mengikut kepercayaan, jika pantang larang itu diingkari, tapai yang berwarna putih itu akan berubah warnanya menjadi merah dan rasanya kurang enak.

Kepercayaan itu juga termasuklah si pembuat tapai tidak boleh makan makanan yang masam ketika membungkus kerana ia akan menyebabkan rasa tapai berubah menjadi masam.

Hari ini, tapai yang dianggap sebagai makanan tradisional bukan hanya dihidangkan pada majlis-majlis keraian di kampung-kampung bahkan ia juga dihidangkan di kebanyakan hotel bertaraf lima bintang.

Perniagaan tapai pulut Sarimah misalnya, turut mematuhi beberapa banyak pantang larang ketika proses pembuatan tapai.

Tampil dengan slogan iaitu 'Anda Akan Menjadi Penggemar Sejati', tapai pulut Sarimah menawarkan tiga perisa tapai yang berbeza. Tapai yang terbahagi kepada tiga jenis perisa itu terdiri daripada perisa pandan dengan pembalutnya berwarna hijau, perisa ros berwarna merah dan warna semula jadi untuk perisa asli.

"Idea untuk menghasilkan tapai tiga perisa ini adalah hasil perbincangan bersama isteri, Sarimah Rashid, 38, yang mahukan kelainan berbanding tapai-tapai yang sedia ada di pasaran," kata pemilik perusahaan dan pengawetan tapai pulut Sarimah, Abdul Aziz Jais, 52.

Menurut Abdul Aziz, pembuatan tapai menuntut ketelitian yang tinggi bagi mengekalkan rasa manisnya. Cara membuat tapai pulut ialah pulut perlu dicuci bersih dan direndam semalaman.

Selepas itu pulut tersebut dikukus selama satu jam. Semasa dikukus, pulut perlu direnjis dengan air supaya ia cepat masak.

Selepas hampir satu jam, pulut tersebut diletakkan di atas troli beralaskan plastik pada suhu 35 darjah Celsius.

Pada suhu yang disifatkan sebagai suam-suam itu, taburkan ragi di atas pulut. Pulut tersebut kemudiannya sedia dibungkus dengan kertas dan ditimbang untuk dimasukkan ke dalam kotak.

"Kami lebih selesa menggunakan plastik sebagai alas dan dibalut dengan kertas warna mengikut perisa. Bungkusan-bungkusan pulut itu dimasukkan ke dalam kotak dan sedia untuk dijual," katanya.

Ujar Abdul Aziz, walaupun tiada pantang larang tertentu dalam pembuatan tapai pulutnya, tidak bermakna dia tidak mengamalkan pantang larang orang dulu-dulu.

"Apa yang paling penting dalam proses pembuatan tapai pulut ialah kebersihan dan cara kerja yang teliti kerana tapai pulut ini boleh dikatakan sebagai makanan yang sangat sensitif kepada si pembuatnya," katanya.

Selepas empat tahun mencuba, membuat dan menjalankan perniagaan menjual tapai perisa asli dan pandan, Abdul Aziz dan isteri merasakan mereka perlu mencuba sesuatu yang baru bagi menarik perhatian orang ramai.

Tambahnya, sebelum ini tapai aiskrim dan tapai ubi selalu menjadi sebutan. Orang ramai hanya dapat merasa dua perisa tersebut selain daripada perisa asli dan pandan.

Bagi memberi kelainan kepada penggemar tapai, Abdul Aziz, isteri dan pekerjanya bersetuju untuk mencipta perisa baru iaitu tapai pulut ros.

Selain rasa yang manis, tapai pulut itu juga berbeza daripada tapai-tapai yang lain. Bahkan, tapai perisa tersebut juga mendapat permintaan yang tinggi khususnya untuk majlis-majlis keraian.

Kepada mereka yang ingin membuat tempahan bolehlah menghubungi talian 06-3853041 atau terus ke Lot 2635, Kampung Air Hitam Pantai, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Wednesday, February 18, 2009

Restoran Ikan Sungai

(Post: Bahasa Melayu)
"Obsesnya kepada ikan sungai membuatkan Jasmay membuka restoran ikan sungai yang pertama di Malaysia yang memperkenalkan masakan ikan sungai segar seperti patin, baung, temoleh tapah dan jelawat."

Terletak di Desa Melawati, Kuala Lumpur, Restoran Ikan Sungai menyediakan suasana makan-makan seperti di kampung.

"Hiasan dalaman restoran ini sengaja mewujudkan suasana seperti makan di kampung," kata Pengarah Urusan Besta Corporation Sdn. Bhd., Jasmay Shah.

"Ramai sebenarnya peminat ikan sungai. Kini mereka tidak perlu pergi jauh ke kawasan pedalaman untuk menikmati ikan sungai segar."

"Sebenarnya ikan sungai liar lebih lazat dan segar berbanding ikan yang dibela dalam sangkar," ujarnya yang berasal dari Temerloh, Pahang.

Restoran ini menyediakan kepelbagaian makanan untuk pagi, tengah hari dan malam.

"Harga ikan mengikut harga semasa. Memang mahal sikit tetapi tidak salah berbelanja lebih untuk makanan yang lazat. Semua masakan disediakan oleh chef berpengalaman terutamanya masakan kampung," katanya.

Menu lain yang disediakan termasuk nasi lemak berlauk, rendang ayam, mi rebus dan laksa Pahang.

Sambal belacan, air asam dan sambal tempoyak bakal membuatkan deria rasa kepedasan peringkat tertinggi apabila dipadankan dengan gabungan ikan sungai sama ada dibakar, digoreng atau masakan gulai.

Alam tradisi dan kekampungan bergabung dengan ulam pegaga, petai, pucuk ubi, pucuk mengkudu membangkitkan selera. Tidak dilupakan pencuci mulut seperti tapai pulut dan bubur kacang.

Kenangan menikmati makanan kampung bermula di sini. Bau masakan dari dapur yang terletak kurang 50 meter dari meja makan begitu menjolok deria rasa.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Wednesday, November 5, 2008

Tapai Segar Warisan Jitu

(Post: Bahasa Melayu)
"Saya berbangga kerana tapai segar yang dihasilkan itu pernah ditempah pelbagai agensi kerajaan termasuk dibawa oleh atlet kontinjen Malaysia ke acara Sukan Komanwel di Kanada."

Selepas bersara, Marzuki Abdul Rahman, 59 tahun, lebih senang menggunakan ilmu dan pengalaman yang ada untuk menceburi bidang keusahawanan.

Dengan mempraktikkan ilmu yang dimiliki, beliau mampu menjana pendapatan untuk menyara kehidupan sekeluarga.

Bidang yang beliau pilih ialah mengusahakan bengkel menghasilkan makanan pencuci mulut iaitu tapai segar di rumahnya di Kampung Terat Batu, Padang Serai.

"Saya cuba bermacam-macam kuih tetapi akhirnya mendapati tapai lebih mudah kerana ia merupakan kuih yang paling sesuai memandangkan belum dipasarkan secara meluas."

"Saya juga melakukan inovasi dengan menggunakan pembungkusan produk dengan plastik yang lebih sesuai kerana tahan lama, bersih dan kelihatan lebih kemas."

Usaha itu nampaknya berbaloi kerana daripada 1,000 bungkusan sebulan, kini ia telah pengeluarannya meningkat kepada 8,000 hingga 10,000 bungkus sebulan.

Setiap bungkusan tapai seberat 60 gram dijual pada harga 60 sen.

Berkat dan usaha gigihnya itu, Jabatan Pertanian Daerah Kulim pada tahun lalu meluluskan bantuan sebanyak RM35,000 bagi membolehkan beliau meluaskan lagi bengkel membuat tapai.

Dia juga bercadang untuk menceburi bidang menghasilkan ragi pada masa akan datang.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::