ATTENTION !!!

Wednesday, November 11, 2009

Produk Dandanan Rambut Acca Kappa

(Post: Bahasa Melayu)
"Baik lelaki mahupun wanita, permasalahan rambut sering berbangkit. Puas mencuba pelbagai kaedah termasuk produk perapian rambut, namun impian memiliki rambut sihat bermaya sering kecundang."

Masalah rambut seperti kelemumur, rambut gugur, kulit kepala berminyak hinggalah kulit kepala gatal bagai tiada kesudahan. Namun, jika kena penawarnya, masalah rambut yang selama ini membelenggu anda boleh diatasi.

Meraikan ulang tahun ke-140, jenama produk dandanan berprestij dari Itali, Acca Kappa 'menerbangkan' pendandan rambut terkenal dari negara itu, Rinaldo Rampon untuk berkongsi tip bersama pembaca XY - Ikon Lelaki secara eksklusif.

Berpengalaman lebih 40 tahun dalam dunia dandanan rambut, Rampon memiliki kepakaran dalam bidang perundingan dan penganalisa rambut; pakar rambut bermasalah serta menjadi perunding solekan dan imej terkenal di Itali.

Rampon berpendapat, kesihatan rambut bermula dengan penggunaan produk serta bagaimana kita menguruskan rambut dari akar hingga ke pangkalnya. Baginya, tidak semestinya rambut harus dicuci selalu atau mendapatkan rawatan kesuburan kerana produk perapian dan bahan kimia boleh menjejaskan struktur rambut.

"Saya memberi contoh berus rambut yang dihasilkan Acca Kappa mampu memberi hasil menakjubkan bagi membentuk rambut. Pada masa sama, ia membantu menyihatkan rambut serta memberi kilauan yang tiada bandingan."

"Sejak 1869, jenama ini sudah menjadi sebahagian daripada pelengkap gaya hidup wanita dan lelaki di Itali yang sentiasa menitikberatkan soal penjagaan rambut," katanya.

Rampon berkata, rahsia Acca Kappa terus bertahan sehingga 140 tahun terletak pada penggunaan sumber semula jadi pada hampir semua produk dan peralatan dandanan keluarannya.

Ditanya kecenderungan fesyen rambut serta tahap penjagaan di kalangan masyarakat di Malaysia, Rampon secara jujur mengakui, industri fesyen rambut tempatan agak ketinggalan berbanding masyarakat Eropah terutama Itali.

Berkongsi pengalaman luas dalam bidang dandanan, Rampon mengakui rakyat Itali juga mengalami senario sama sebelum industri fesyen dan penjagaan diri di negara itu berkembang.

"Amat penting bagi kita memahami cara betul menjaga rambut. Tidak semestinya kita perlu mendapatkan rawatan rambut yang mahal setiap masa. Ini kerana semuanya berbalik kepada faktor asas iaitu bagaimana kita menjaga rambut," katanya sambil berkongsi tip bersyampu yang perlu dilakukan secara lembut tanpa menggosok kepala dan rambut dengan kasar.

Rampon juga melakukan demonstrasi membentuk rambut dengan hanya menggunakan berus rambut Acca Kappa. Tanpa menggunakan sebarang produk rambut, pakar dandanan ini mampu mempelbagaikan bentuk dandanan.

Bermula dengan membekal peralatan menyikat rambut, Acca Kappa yang diasaskan Hermann Krull mencipta fenomena apabila mula memasarkan produk sabun, wangian, gel mandian, krim pelembap, krim bercukur dan sabun mencuci tangan.

Diadaptasi daripada sumber semula jadi, Acca Kappa kini menawarkan 80 peratus produk kelengkapan dandanan diri berasaskan sumber semula jadi seperti madu, gandum dan ekstrak mulberi putih dan daun lidah buaya.

Bagi produk lelaki, Acca Kappa mengeluarkan pelembap muka anti penuaan, buih pencukur, berus pencukur dan pisau pencukur selain rangkaian berus rambut, sikat rambut dan pewangi.

Tunggu apa lagi, mari intai stor konsep Acca Kappa di KLCC dan Parkson Pavilion hari ini!

INFO Acca Kappa & lelaki:
Biarpun Acca Kappa banyak menghasilkan produk wanita termasuk berus rambut, sikat, sabun, set rawatan kulit wajah, minyak wangi dan syampu, masih ada beberapa produk dicipta khusus untuk jejaka.

Jom lihat beberapa produk untuk lelaki dari Acca Kappa:
1869 Kit bercukur RM2,000
1869 Gel selepas bercukur RM80
Berus rambut kayu Club-style RM280
1869 Eau de Cologne RM220
Berus gigi RM25
Set ubat gigi RM35
Kit kembara penjagaan diri RM40 - RM90
Set rawatan rambut RM50 - RM90

Sumber: Berita Harian Online

Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::