ATTENTION !!!

Thursday, December 18, 2008

Kiosk Sarung Telefon Bimbit

(Post: Bahasa Melayu)
"Jahitan pada setiap beg juga sangat kemas menjadikan ia lebih tahan lasak manakala pilihan warna yang berona terang, bersulam warna keemasan dan bertatahkan labuci berkilau menambah kemewahan pada setiap rekaan."

Bijak mengambil kesempatan terhadap minat wanita masa ini membuahkan idea kepada pemilik Brilliant Collection, Yow Chee Wai untuk meluaskan perniagaannya dengan membuka kiosk khusus menjual aksesori disukai wanita iaitu sarung telefon bimbit di pusat membeli belah Mid Valley.

Katanya, ramai wanita sukakan barangan murah yang berkualiti tinggi dan mengikut peredaran fesyen membuatkan dia nekad memasarkan produk berupa sarung telefon bimbit buatan Korea di pasaran tempatan.

"Produk Korea lebih berkualiti berbanding produk dari China malah fesyen di Korea juga terkini menjadikan pelbagai barangan kegilaan wanita sentiasa bertukar-tukar melangkau musim," katanya.

Sarung telefon bimbit selain berguna untuk menyimpan barangan seperti telefon bimbit dan duit, ia juga menjadi sebahagian daripada fenomena fesyen.

"Jadi tidak hairanlah wanita peka dan sentiasa mencari beg comel yang unik dan cantik serta mudah dipadankan dengan apa juga gaya. Malah di Korea, fesyen untuk sarung telefon juga sentiasa bertukar hampir setiap dua bulan sekali."

Setiap rekaan sarung telefon bimbit dari Brilliant Collection boleh diperolehi pada harga serendah RM20 sehingga RM50.

Sumber: Berita Harian Online

Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::