ATTENTION !!!

Friday, November 14, 2008

Kenaf Sebagai Tanaman Komoditi

(Post: Bahasa Melayu)
"Kenaf ialah sejenis pokok tropika yang menghasilkan fiber menyerupai jut dan kebiasaannya digunakan untuk menghasilkan tali dan tekstil."

Manafaat kenaf selaku bahan yang kaya dengan fiber dan mampu menjadi bahan asas dalam pembuatan biokomposit menyebabkan permintaan terhadap tumbuhan yang berasal dari Afrika ini melonjak tinggi.

Kenaf boleh dituai hasilnya selepas 120 hari dan kitaran penanamannya ialah tiga kali setahun.

Petani yang mempelopori projek tanaman kenaf di Kelantan membuktikan bahawa tanaman tersebut efektif untuk menggantikan tembakau yang kurang kompetitif dalam industri perladangan.

Malaysia akan mengeksport 50,000 tan metrik kenaf setahun dengan nilai RM15 bilion mulai tahun depan.

"Ini akan menjadikan kenaf sebagai komoditi utama negara menjelang tahun 2010."

Di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), keluasan kawasan sasaran bagi kenaf ialah kira-kira 10,000 hektar. Industri kenaf dijangka mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di kawasan pedalaman terutamanya di kawasan penanaman tembakau di Bachok, Pasir Puteh, Besut, Setiu dan Marang.

Dengan harga kenaf semasa RM500 setan metrik, penanam kenaf mampu memperoleh pendapatan lumayan dengan hasil 15 tan metrik sehektar yang mampu membebaskan petani dari belenggu kemiskinan.

"Disebabkan kenaf adalah tanaman yang mudah dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi ia merupakan faktor penting dalam menarik minat petani yang terlibat dalam pertanian yang sensitif kepada persekitaran seperti di tanah bris."

Sumber: Kosmo! Online , Utusan Malaysia Online
Foto:
Wikipedia

Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::