ATTENTION !!!

Showing posts with label peraduan. Show all posts
Showing posts with label peraduan. Show all posts

Thursday, November 11, 2010

Peraduan DiGi Free Your Ideas

(Post: Bahasa Melayu)
" Anda ada idea atau cadangan bernas yang boleh dimanfaatkan masyarakat? Siapa tahu, idea yang difikirkan kecil atau remeh mampu menggegar dunia hingga memberi impak besar dalam kehidupan harian. "

Jika anda sedia menyahut cabaran itu, apa kata salurkan idea bernas anda dengan menyertai peraduan Free Your Ideas anjuran DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) yang terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berusia antara 13 hingga 30 tahun.

Peraduan yang dikelolakan di laman sosial facebook dengan hadiah keseluruhan bernilai RM60,000 ini dianggap medium bagi golongan muda mencungkil bakat dan idea mereka.

Peserta diberi tempoh tiga bulan hingga 30 Januari 2011 bagi menyatakan sebarang idea yang mampu memberi sesuatu yang berbeza atau perubahan kepada komuniti.

Ketua Bahagian Segmen DiGi, Moharmustaqeem Mohammed, berkata generasi muda hari ini sarat dengan pelbagai idea berdasarkan persepsi mereka terhadap dunia sejagat.

Maka, tidaklah menghairankan andai golongan muda mampu memberi idea berbeza hingga mencuri perhatian masyarakat atau komuniti.

"Kita melihat entri idea anak muda seperti membina asrama khas untuk anak-anak luar bandar bagi memudahkan mereka pergi ke sekolah misalnya, sebagai sesuatu yang berbeza dan ingin kita tahu bagaimana ia dijayakan," katanya kepada XY - Ikon Lelaki.

Peraduan Free Your Ideas menetapkan mekanisme di mana peserta berkongsi idea serta membentuk komuniti berkumpulan bagi sama-sama menzahirkan idea terbaik yang difikirkan mampu dicapai seluruh anggota komuniti.

Apa saja idea - sama ada untuk komuniti, sosial atau inspirasi kreatif boleh dijadikan modal pemikiran masyarakat sejagat. Projek dengan suara sokongan terbanyak diberi peluang merealisasikan impian dalam projek yang dibiayai DiGi.

Idea penganjuran peraduan Free Your Ideas diinspirasikan daripada ciri-ciri Buddyz melalui pek mudah bayar DiGi. Sesuai dengan tema Buddyz, peraduan terbuka kepada kumpulan dianggotai dua hingga empat orang untuk satu idea menarik yang ditampilkan.

Ganjaran RM10,000 ditawarkan setiap minggu kepada kumpulan yang berjaya menerima undian paling banyak. Untuk butiran lanjut, sila taip Free Your Ideas di DiGiYouths atau tonton klip video melalui playDiGi.

Sumber: Berita Harian Online
Foto: Free Your Ideas

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Saturday, January 2, 2010

Menang Peraduan Teka Kata Berita Harian

(Post: Bahasa Melayu)
"Seorang pembantu restoran di Subang Jaya, Sabri Salim, 27, tidak menyangka hobi mencuba nasib menyertai pelbagai peraduan akhirnya berhasil apabila memenangi Teka Kata Berita Harian Minggu 5, sekali gus meraih hadiah wang tunai sebanyak RM5,000."

Bakal bapa itu dipilih pemenang paling hampir berikutan tiada pemenang tepat dan baki RM5,000 lagi dibawa ke Minggu 6 menjadikan hadiah terkumpul bagi siri berkenaan berjumlah RM25,000.

Jika ada yang menjawab tepat bagi Minggu 6, pemenang terbabit layak memenangi semua hadiah terkumpul itu, tetapi jika sebaliknya hanya RM5,000 akan diberi kepada peneka hampir tepat.

Teka kata yang dijalankan sebanyak tujuh siri, mulai 16 November lalu hingga 3 Januari depan menawarkan hadiah keseluruhan RM70,000 atau RM10,000 setiap minggu.

Sabri ketika ditemui semalam melahirkan rasa gembira dan terkejut dan tidak menyangka beliau dipilih sebagai pemenang memandangkan hanya mencuba nasib menyertai peraduan tersebut.

"Kemenangan saya ini adalah rezeki anak, memandangkan isteri saya sedang mengandung empat bulan dan isteri saya adalah orang pertama mengetahui mengenai kemenangan ini. Saya akan menyimpan duit yang saya menangi untuk digunakan apabila anak saya akan dilahirkan kelak," katanya.

Sabri berkata, beliau sentiasa merujuk kamus dan bertanya kepada orang lain mengenai perkataan yang sesuai digunakan.

Selain itu, Sabri yang menjadikan akhbar Berita Harian antara bacaannya menjelaskan beliau menghantar penyertaan bagi Minggu 2, Minggu 3 dan Minggu 5 malah akan terus berusaha mencuba nasib menjawab tepat dalam siri berikutnya.

Sumber: Berita Harian Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::