ATTENTION !!!

Monday, January 25, 2010

Usahawan Muda Jualan Langsung

(Post: Bahasa Melayu)
" Menceburi bidang perniagaan bererti seseorang itu harus berani menanggung risiko yang bakal dihadapi. Jika ada kemahuan dan usaha, di situ ada kejayaan. Tidak kira tua atau muda, jika kita berani mencuba sesuatu yang baru ia memberi satu pengalaman yang boleh dijadikan teladan pada masa hadapan dalam memperbaiki kehidupan. "

Bagi pelajar jurusan Ijazah Perakaunan dan Kewangan, Kolej Universiti Nilai, Hidayatul Akmal Zainuddin, 22, dia sememangnya meminati bidang perniagaan sejak di bangku sekolah lagi.

Walaupun masih menuntut di peringkat universiti, dia telah berjinak-jinak dalam dunia bisnes dengan menyertai pelbagai agensi jualan langsung.

Biarpun berniaga secara kecil-kecilan dengan pendapatan sekitar RM200 sebulan, namun sebagai pelajar ia sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan Hidayatul Akmal ketika di universiti.

Berikut adalah temubual antara wartawan GenK bersamanya:

Apakah hobi masa lapang anda?

Saya gemar berenang. Jika ada kelapangan saya akan berkunjung ke kompleks renang Putrajaya atau Nilai Spring untuk berenang. Selain itu saya juga baru menyertai seni mempertahankan diri karate.

Saya juga meminati bidang perniagaan dan sudah beberapa tahun membuat jualan langsung produk kesihatan.

Sejak bila anda menyertai jualan langsung dan mengapa anda memilih produk kesihatan?

Ia bermula selepas saya tamat sekolah menengah. Kebetulan saya mengikuti kakak saya yang aktif dalam jualan langsung.

Keluarga saya juga menghidap beberapa jenis penyakit. Cita-cita saya sebenarnya ingin menjadi doktor tapi tidak kesampaian. Kerana itu saya lebih berminat kepada produk-produk kesihatan.

Bagaimana anda hendak memberi keyakinan kepada pembeli untuk membeli produk anda memandangkan usia anda masih muda?

Kita perlu tahu mengenai produk yang kita jual. Adakah ia bersesuaian dengan penyakit yang pelanggan hidapi. Pengetahuan mengenai penyakit-penyakit perlu ada supaya kita tidak tersalah menjual ubat-ubatan kepada pelanggan.

Saya juga merujuk kepada mereka yang lebih arif. Tambahan pula saya mempunyai pak cik yang merupakan seorang doktor.

Apakah keistimewaan produk kesihatan yang anda jual?

Produk-produk tersebut merupakan produk homeopati dan juga organik. Ia tidak mempunyai campuran bahan kimia seperti kebanyakan produk di farmasi mahupun hospital.

Sumber: Kosmo! Online

Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::