ATTENTION !!!

Saturday, December 6, 2008

Raja Gasing

(Post: Bahasa Melayu)
"Dalam setahun, saya boleh menjual kira-kira 200 hingga 300 gasing yang saya buat sendiri di bengkel di belakang rumah saya."

Bagi yang meminati permainan ini, nama Koh Kim Bok, 66, atau turut dikenali dengan panggilan Raja Gasing bukanlah satu nama asing bagi mereka.

Meminati permainan gasing sejak berusia 12 tahun, Kim Bok kini merupakan seorang aktivis permainan gasing yang turut memegang beberapa jawatan penting dalam permainan ini.

Antara jawatan penting yang disandang beliau yang ialah Pengerusi Pengadil Gasing Malaysia, Pengerusi Persatuan Gasing Melaka dan Pengerusi Teknikal Gasing Malaysia.

Sebagai menggambarkan sokongannya selain mahu memastikan permainan gasing terus diwarisi, beliau juga telah menghasilkan gasing sendiri dan dipasarkan di seluruh negara.

"Gasing yang dijual ialah jenis gasing berembang, selain turut menghadiah kepada beberapa muzium di Melaka untuk pameran umum," katanya.

Menurut Kim Bok lagi, mutu sesebuah gasing bergantung kepada jenis kayu yang digunakan dan reka bentuknya. Jenis kayu yang digunakan perlu mempunyai ciri-ciri yang liat tetapi keras.

"Bagi saya, gasing yang saya hasilkan menggunakan kayu dari jenis bakau, tualang, leban dan kuran," katanya.

INFO:
Harga setiap gasing ialah antara RM20 dan RM30

Telefon: 06-3352815 (Kim Bok)

Sumber: Utusan Malaysia Online , Utusan Malaysia Online

Bookmark and Share

1 comments:

mancai December 7, 2008 at 4:09 AM  

menarik nie.. leh beli, maner nak dapat lagi dah gasing2 jenis nie...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::