ATTENTION !!!

Showing posts with label lintah. Show all posts
Showing posts with label lintah. Show all posts

Monday, April 6, 2009

Lintah Bekam

(Post: Bahasa Melayu)
"Usianya masih muda, perjalanan hidupnya masih jauh, tetapi cintanya pada kampung membawa kepada perniagaan berasaskan produk tradisi yang menjadikan kebanggaan diri dan masyarakat."

Bermula daripada menternak lintah di dalam 15 bekas tangki yang memuatkan lebih 20,000 ekor lintah, kini Arjuna Raja Ahmad, 29, mengembangkan ilmunya kepada perubatan tradisional iaitu berbekam menggunakan lintah yang dipeliharanya.

Mengulas lanjut proses pembiakan lintah yang diternaknya, Arjuna menjelaskan, lintah peliharaannya diberi makanan sejenis lumut bertujuan membersihkan sistem penghadaman lintah kerana haiwan yang sama akan digunakan untuk perubatan berbekam.

Lintah dewasa yang panjangnya kira-kira sejengkal akan dipilih untuk berbekam kerana ia mampu menghisap darah lebih banyak. Lintah yang sudah digunakan untuk berbekam akan diasingkan di tangki khas dan dibiarkan di situ sehingga kembali ke saiz normal dan bertelur.

"Menariknya, lintah tidak akan menghisap darah pesakit Aids. Walaupun kita paksa dengan meletakkan lintah di tapak yang disediakan, lintah itu tidak akan menghisap darah. Itulah istimewanya makhluk Tuhan ini," katanya.

Kini, beliau juga turut menghasilkan minyak lintah yang dihasilkan dengan ramuan campuran termasuk minyak kelapa dara, lada hitam, biji sawi, yang dijual pada harga antara RM30 hingga RM130 sebotol mengikut dua saiz botol yang disediakan.

INFO:
Bagi satu pakej berbekam akan menggunakan 13 tabung plastik. Setiap bulatan hasil bekas tabung akan diletak antara dua hingga tiga ekor lintah. Seekor lintah akan dikenakan bayaran antara RM5 hingga RM7.

Sumber: Berita Harian Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Wednesday, February 18, 2009

Lintah Agro Farm

(Post: Bahasa Melayu)
"Mengenai cabaran yang dihadapi, katanya, mereka sekeluarga pernah dikecam oleh masyarakat sekitar kerana menternak lintah yang dianggap hodoh dan menggelikan. Namun, setiap kecaman itu disambut dengan tekad untuk membuktikan bahawa ternakan lintah ini boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan."

Mendekati salah sebuah daripada 12 buah kolam yang terdapat di Kampung Lubuk Kelubi, Hulu Langat, Selangor, tiada yang istimewa. Kolam yang dijengah kelihatan sama seperti kolam ternakan lain.

Dengan menggunakan sebatang kayu, pemilik kolam ternakan ini, Nurulhuda Mohd. Yusof, 29, mengocak-gocak air di kolam tersebut.

"Salah satu sifat lintah, ia akan menyembunyikan diri daripada cuaca panas dengan mencari ruang-ruang sejuk untuk berteduh. Tetapi, apabila air diusik, haiwan ini akan keluar."

"Mungkin kerana ia merasakan ada 'mangsa' atau makanan di tempat yang diusik itu," kata Nurulhuda yang ditemui di ladang lintah milik keluarganya, Lintah Agro Farm baru-baru ini.

"Sebut sahaja lintah, pasti ramai yang akan berasa geli dan ketakutan. Namun, bagi saya, haiwan yang dianggap hodoh oleh segelintir orang itu mempunyai manfaat yang besar kepada kehidupan. Sebab itulah, kami sekeluarga menternaknya."

Ilham untuk menternak lintah muncul selepas menyertai kursus yang dikendalikan oleh sebuah syarikat yang terlibat dalam bidang bioteknologi pertanian dan penternakan.

"Kami merasakan ternakan lintah adalah yang paling sesuai."

"Ini kerana dengan keluasan tanah kira-kira satu ekar suku, kami boleh membina 12 buah kolam sebesar 7.9 meter x 18 meter dan menternak lintah secara semula jadi dengan penjagaan yang ringkas. Haiwan ini mudah diberi makan dan tahan lasak terhadap penyakit," katanya.

"Apabila lintah mencecah tahap matang, ia akan dituai dan hasilnya dibekalkan kepada penternak baru, mereka yang membuka perniagaan rawatan alternatif seperti bekam dan peniaga yang membuat minyak lintah."

"Selain itu, Lintah Agro Farm juga membekalkan lintah kepada individu persendirian yang mahukan haiwan ini untuk diri mereka," kata Nurulhuda.

Katanya lagi, "Pada masa ini, permintaan terhadap lintah amat tinggi dan ada permintaan yang melibatkan penghantaran sebanyak satu hingga tiga tan lintah dalam sebulan."

Nurulhuda berkata, harga lintah bergantung pada saiz dan jumlah yang dibekalkan.

"Biasanya, ia dijual pada harga RM1.50 atau RM2.00 seekor," ujarnya.

Menariknya tentang lintah, kata Nurulhuda, sebanyak 200 ekor lintah boleh menghasilkan kira-kira 10,000 anak lintah dan Lintah Agro meletakkan 1,000 ekor induk lintah dalam setiap kolam.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Wednesday, December 3, 2008

Lintah Gemilang Agrotech

(Post: Bahasa Melayu)
"Dalam satu tong, sebanyak 10kg lintah dapat diternak, dan ini bermakna sekurang-kurangnya setiap tong akan menghasilkan jumlah jualan kira-kira RM5,000."

Potensi menternak lintah kini mendapat perhatian oleh segelintir pihak apabila menyedari ia mampu mendatangkan pulangan yang lumayan apabila diusahakan.

Gemilang Agrotech dengan kerjasama Kelab Usahawan Tani Parlimen Pulai mengambil peluang yang terbentang luas itu untuk mencuba nasib di dalam bidang penternakan lintah.

Projek usahasama yang dimulakan sejak 10 bulan lalu itu disertai 80 peserta dengan hampir 120 tong lintah.

Melalui usahasama sebegini, projek dapat dilaksanakan pada skala besar di mana penglibatan ramai individu membolehkan modal besar dapat dikumpul untuk melaksanakan projek tersebut.

Pengurus Gemilang Agrotech, Mohd. Shahrom Rahman, 38, berkata, hasil pertama ternakan lintahnya itu akan dijual pada Januari depan.

Katanya, setiap sekilogram (kg) lintah akan dijual dengan harga RM50 dan lintah daripada syarikatnya mendapat pasaran di Pahang dan Johor.

Para peserta hanya dikenakan bayaran sebanyak RM1,500 sebagai modal dan pihaknya akan menyediakan khidmat nasihat selain penjagaan ternakan.

Kebanyakan peserta di sini akan 'melawat' ternakan mereka pada hujung minggu. Pada waktu itu mereka akan memastikan ternakan mereka sihat dan melihat perkembangannya.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::