ATTENTION !!!

Saturday, December 6, 2008

Perencah Makanan C.T Five

(Post: Bahasa Melayu)
"Suami memberi saya RM2,000 untuk memulakan perniagaan ini dan kini saya mampu menghasilkan lapan jenis perencah makanan."

Pengusaha perencah makanan keluaran C.T Five M. Sdn. Bhd., Siti Zauyah Mustafa, 36, tidak pernah kenal erti jemu dan penat bagi memastikan produk keluarannya mendapat tempat dipasaran tempatan.

Menurut Siti Zauyah, kesukaran untuk mendapatkan pinjaman bagi memulakan perniagaan kadang kala membuatkan dia hampir berputus asa.

Namun dorongan suami, Fauzi Ismail, 40, yang yakin dengan produk mereka membuatkan dia tidak pernah serik untuk mengunjungi bank dan institusi berkaitan bagi mendapatkan bantuan.

"Antara perencah yang mendapat sambutan ialah perencah bihun goreng biasa, bihun goreng berlada dan ayam goreng berempah."

Selain daripada tiga perencah itu dia juga turut mempelbagaikan lagi produk keluarannya dengan menghasilkan perencah mi rebus, mi udang, mi kuah, ayam barbeku dan kuah kacang yang dijual dengan harga RM2.50 bagi satu peket.

Siti Zauyah berkata, dalam sehari dia mampu menghasilkan 150 peket perencah makanan yang seratus peratus dihasilkan secara manual bagi mengekalkan rasa dan menjamin kualiti produk-produk keluarannya.

INFO:
Lokasi rumah: Simpang Empat, Alor Setar, Kedah

Telefon: 019-4948998 atau 012-4003160

Sumber: Utusan Malaysia Online

Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::