ATTENTION !!!

Friday, January 22, 2010

Kabin Mandi Wap Herba

(Post: Bahasa Melayu)
" Jana Herba Enterprise, syarikat yang memperkenalkan Set Lengkap Bertangas dan Kabin Mandi Wap Herba (KMWH) yakin ramai masyarakat terutama Melayu mampu memiliki sauna sendiri bagi menjaga kesihatan secara tradisional. "

Katanya, set itu diilhamkan atas kehendak dan maklum balas pengguna yang menginginkan set sauna mudah dikendali, dicuci, disimpan dan paling penting dengan kos berpatutan.

"Apabila Jana Herba mengeluarkan KMWH sebelum ini, ramai pengguna mendapatkannya dan banyak pengusaha spa serta pusat kecantikan turut menggunakan KMWH keluaran kami," katanya di Kuala Lumpur.

Menurutnya, Set Sauna mudah alih itu diperbuat daripada kayu Balau yang terbukti ketahanannya daripada haba dan air, manakala kemasannya tidak dicat atau divarnis bagi mengelak tindak balas kimia apabila panas.

Norliza berkata, ia mudah dipasang walaupun oleh wanita kerana hanya menggunakan 'allan key' yang dibekalkan dan selepas dipakai set itu boleh dibuka serta dilipat untuk disimpan.

Selain itu, fabrik kabin dan kerusinya senang dicuci kerana diperbuat daripada kain kapas sepenuhnya dan tidak menggunakan kanvas plastik atau kain nilon.

Produk Jana Herba semakin mendapat perhatian umum kerana konsep pengewapan herba yang diperkenalkan dan ia paling selamat berbanding kaedah pengambilan herba melalui makanan atau minuman.

Sempena pelancaran produk terbaru ini, Jana Herba melancarkan jualan pengenalan dengan harga hanya RM799 seunit termasuk mendapat dua hadiah promosi iaitu alas kaki yang diperbuat daripada kayu dan ramuan herba mandi wap untuk lima kali kegunaan.

Sumber: myMetro
Foto:
Jana Herba

Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::