Budu yang secara tradisionalnya dihasilkan dalam bentuk sos dan dibotolkan untuk pasaran, tetapi kemungkinan besar tidak lama lagi turut didapati dalam bentuk serbuk.
Sekumpulan lima pelajar Politeknik Kota Bharu (PKB) mencipta produk perencah makanan itu dalam bentuk baru dengan beberapa perasa tambahan hasil kajian mereka selama tiga bulan.
Ketua kumpulan pelajar itu, Suzielawanie Ibrahim memberitahu, mereka mengambil kursus diploma pemasaran di bawah Jabatan Perdagangan dan projek berkenaan merupakan projek semester akhir.
Budu dalam bentuk serbuk itu hanya perlu dicampur sedikit air semasa ingin dimakan dan ia tidak mengubah rasa asalnya.
Serbuk budu itu berpotensi untuk pasaran dalam dan luar negara serta mampu mencapai sehingga 25 peratus keuntungan.
Rundingan awal dengan beberapa pihak telah diadakan supaya projek berkenaan dapat diperkembangkan selepas mereka menamatkan pengajian hujung tahun nanti.
Sumber: Utusan Malaysia Online
Idea inovatif seperti ini membolehkan budu dikormersialkan dan dipasarkan ke seluruh Malaysia mahupun dunia. Syabas diucapkan kpd para pelajar PKB ini.
ReplyDelete